Friday, 10 June 2011

NOMBOR DAN OPERASI TAHUN 1

Masa                               : 60 minit

Bidang                             : Nombor dan Operasi

Tajuk                                : Nombor bulat hingga 100

Standard Kandungan         : Murid dibimbing untuk :
                                           Menyatakan kuantiti secara intuitif.

Standard Pembelajaran /
Objektif                         : Murid berupaya untuk:
i. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan    
   banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak
   sama banyak dan lebih atau kurang secara :
                                                  a). Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit
                                                       objek,
                                                  b). Membanding dua kumpulan secara padanan,
                                                  c). Pola yang berlainan dengan menggunakan dua
                kumpulan objek.

FASA 1:
Persediaan ( 10 Minit )
( Pemerhatian dan Analisis )

Cadangan Aktiviti:
a. Murid membuat pemerhatian terhadap dua kumpulan buah
    rambutan yang diletakkan  di atas meja.

Cadangan Komunikasi:
i. Lihat kumpulan rambutan mana yang banyak?
ii. Kumpulan rambutan mana yang sedikit?

Cadangan Aktiviti:
b. Perkukuhkan aktiviti dengan meminta murid membuat
    pemerhatian terhadap sejumlah guli yang diberikan ( guli
    mempunyai dua warna iaitu merah dan biru) .

c. Minta murid mengasingkan dan menyusun guli mengikut warna 
   seperti yang ditunjukkan.

Cadangan Komunikasi:
i. Kumpulan mana yang banyak?
ii. Kenapa?

FASA 2:
Imaginasi ( 15 Minit )
( Penjanaan Idea )

Cadangan Aktiviti:
a. Bawa murid keluar dari bilik darjah dan murid diminta membentuk dua
   bulatan, satu bulatan kecil dan satu bulatan besar.

Cadangan Komunikasi:
i. Bulatan yang mana mempunyai bilangan murid yang banyak?
ii. Kenapa?

( Sintesis Idea )

Cadangan Aktiviti:
b. Minta murid mengutip daun kering dalam masa 30 saat. Kemudian murid
   diminta mengumpul hasil kutipan mengikut kumpulan masing – masing.

Cadangan Komunikasi:
i. Kumpulan mana yang mendapat daun yang paling banyak?
ii. Kumpulan mana yang mendapat daun yang sedikit?
iii. Mana kamu tahu kumpulan daunnya yang banyak, dan mana daunnya yang 
     sedikit?

Terapkan sikap bekerjasama dan bantu membantu bagi memastikan tugasan yang diberikan dapat disempurnakan.

FASA 3:
Perkembangan ( 15 Minit )
( Penambahbaikkan )

Cadangan Aktiviti:
i. Minta murid membentuk:
   a. Kumpulan banyak dan kumpulan sedikit,
   b. Kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak, dan
   c. Kumpulan lebih dan kumpulan kurang, berdasarkan objek yang ada di
       sekeliling murid.

ii. Minta murid menjelaskan bagaimana pembentukan kumpulan i hingga iii
    dilakukan.

( Menilai )

iii. Paparkan kepada murid kad gambar seperti contoh di bawah:

Cadangan Komunikasi:
i. Bentuk mana yang paling banyak?
ii. Bentuk mana yang paling sedikit?
iii. Bentuk mana yang sama banyak?

FASA 4:
Perlaksanaan( 15 Minit )
( Amalan Berterusan )

Cadangan Aktiviti 1:
i. Edarkan kertas majong dan pen marker kepada setiap kumpulan murid.
   Minta murid melukiskan gambar bagi menunjukkan kumpulan:
   a. Banyak atau sedikit,
   b. Sama banyak atau tidak sama banyak
   c. Libih atau kurang

Cadangan Komunikasi:
i. Selesaikan tugasan yang diberikan.

Cadangan Aktiviti 2:
ii. Edarkan lembaran kerja 1 kepada setiap murid.

Cadangan Komunikasi:
i. Nyatakan sebab kamu menyatakan ‘banyak’ bagi setiap kumpulan objek
   secara lisan.

Cadangan Aktiviti 3:
iii. Edarkan lembaran kerja 2 kepada setiap murid.

Cadangan Komunikasi:
i. Bincangkan dengan rakan:
    a. Kenapa kamu katakana objek itu lebih.?
    b. Kenapa kamu katakana objek itu sama banyak?

Cadangan Aktiviti 4:
iii. Edarkan lembaran kerja 3 kepada setiap murid.

Cadangan Komunikasi:
i. Lengkapkan gambarajah di bawah dengan melukis bilangan objek mengikut 
   arahan.

Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 3.

Nilai dan Sikap
Terapkan sifat kerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di luar bilik darjah.

Penutup ( 5 Minit )
Guru Menilai hasil kerja murid.

Thursday, 9 June 2011

LEMBARAN KERJA 1

A. TANDAKAN ( / ) PADA KUMPULAN YANG LEBIH BANYAK.

----------------------------------------------------------------------------------

1.

Kenapa ( lisan ) :

----------------------------------------------------------------------------------

2.

Kenapa ( lisan ) :

----------------------------------------------------------------------------------

3.

Kenapa ( lisan ) :

----------------------------------------------------------------------------------

4.

Kenapa ( lisan ) :

----------------------------------------------------------------------------------

LEMBARAN KERJA 2

B.  WARNAKAN MERAH BAGI OBJEK YANG PALING     BANYAK DAN WARNAKAN BIRU BAGI OBJEK YANG SAMA BANYAK.

SECARA LISAN:

1. Kenapa kamu katakan lebih?

----------------------------------------------------------------------------------

2. Kenapa kamu katakan sama banyak?

----------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, 8 June 2011

LEMBARAN KERJA 3

C. LENGKAPKAN GAMBARAJAH DI BAWAH DENGAN MELUKIS BILANGAN OBJEK MENGIKUT ARAHAN.

Contoh:

SEDIKIT

=

BANYAK

----------------------------------------------------------------------------------

1.
BANYAK

=

SEDIKIT
----------------------------------------------------------------------------------

2.

=

SAMA BANYAK

5.

=

SAMA BANYAK

-----------------------------------------------------------